Idola..

Wednesday, March 3, 2010

Setiap orang mesti mempunyai sesorang sebagai pencetus/perangsang
inspirasi kepada dirinya untuk berjaya di Dunia dan Akhirat
bagi melengkapkan catatatn sebagai Life of Man...

Ini ayah Anas...bukannya datuk...

Dulu ANAS selalu tercari-cari siapakah yang boleh ANAS jadikan sebagai idola ANAS dalam kehidupan ini..Pernah sekali ANAS rasa Tun Mahathir layak walaupun perbezaan politik antara ANAS dan dia, dia memang mempunyai pemikiran yang jauh..Tapi hati kecil berkata cuba pejam mata dan cari yang paling dekat diri sendiri..Apabila terbuka mata hati ini maka sedarlah ANAS bahawa orang itu ialah ayah.

SHUIB B. HAJI MOHAMAD dilahirkan pada 4-11-1925 (ikot i.c) tp pernah sekali dia cakap tahun 1922...yer la kan zaman dulu2 nak daftar kelahiran bukan senang..tapi ANAS lebih selesa jika tarikh lahir dia 4 November...sebab 3 November tarikh lahir ANAS..
Berbalik kepada Lelaki yang bernama SHUIB..dibesarkan dalam keluarga yang agak berpengaruh dalam ilmu pengajian al-Quran di Indera Kayangan suatu masa dulu.. Mula menjadi guru ketika berumur 15 tahun di sekolah melayu di negeri Indera Kayangan. Ketika jepun menyerang, ramai orang takut tapi bagi nya Jepun telah di jadikan kawan sehinggakan dia boleh bercakap dan menyanyi lagu Jepun (lagu dalam filem Laksamana Do Re Mi) yang best abang2 dan kakak pernah di nyanyikan lagu jepun..Selepas Jepun kalah khidmat sebagai guru di teruskan, mungkin pelajar sekitar tahun 1950an - 1970an kenal jika berguru dengan Lelaki ini..1982 selepas bersara dia menjalankan kerja menebas hutan..tetapi rezeki dan takdir Allah di tentukan sejak azali lagi..nama Lelaki ini di sebut untuk menjadi wakil rakyat PAS DUN Bintong..Menang tanpa bertanding..Takdir Allah dan rezeki anak isteri..

Masih ingat lagi, awal tahun 1995 dia pergi menjemput ANAS dan adik pulang dari sekolah untuk menghadiri kenduri kawan..Ketika bersiap dia batuk tidak henti-henti, peluh sejuk keluar dari dahi nya..sakit dada dia cakap..pucat itu yang ANAS nampak dari wajah nya...Ambulans terpaksa di panggil..selepas satu jam di unit kecemasan dia KOMA...Ya Allah..Takdir dan dugaan Mu kepada 2 orang anak-anak kecil nya...Emak tidak henti-henti berjujuran air mata.. 2 bulan di I.C.U tidak sedarkan diri, keadaan stabil sikit walaupun masih lagi KOMA..nama sendiri pun tidak ingat apatah lagi isteri dan anak-anak...Tiada banyak perubahan kesihatan di pindah kan ke HUSM Kubang Kerian 2 bulan..1 bulan sebelum ANAS UPSR dia kembali ke rumah yang ditinggalkan nya hampir 6 bulan..Pendarahan dalam saraf otak menyebabkan semua kisah silam dan Ilmu perubatan traditional nya juga hilang..

Biar pun semua ilmu perubatan nya hilang tetapi ada satu yang dia tidak hilang kasih sayang nya..walaupun dia tidak ingat nama anak-anak nya tetapi sayang tetap ada..Hampir setahun nama ANAS tidak di sebut, menitis jua air mata gembira kerana ANAS itu yang panggil kepada adik..walaupun bukan ANAS..Alhamdulillah kesihatan nya semakin pulih..

BERSAMBUNG

1 comments:

Post a Comment

  © Life of Man On The Road

Back to TOP