Masak Hujung Minggu

Sunday, March 21, 2010



(belajaq faham cakap utara)
TOMYAM (udang @ sotong @ ayam @ campur)
Bahan-bahan:-
PES
5 biji Cabai Besaq
10 biji Cabai Melake
*kalau nak pedas sesuka hati la banyak mana
1 labu Bawang Besaq
(nak guna bawang merah pun bleh, itu pon kalau rajin kupas bawang)
3 ulas Bawang Putih
1 inch Lengkuas
Akar daun ketumbar
2 batang Serai di titik

BAHAN-BAHAN LAIN
RM 1.00 Daun Ketumbar
Sayur yang anda minat
Udang/sotong/ayam @ campur jer sume
3 biji Tomato
5 Keping Daun Limau Purut
Cendawan
Secukup masam Jus pure lemon @ Limau nipis


Cara-cara memasak
1. Bahan A dikisarkan bersama sampai hancur (serai jgn blan)
2. Tumiskan dalam minyak yg panas
3. Biar sehingga pecah minyak
4. Masukkan garam dan gula(jgn banyak nnt manis) secubit jer
5. Tuang kan air (*kalau nk kuah lebih taruk la banyak
6. Biar kan menidih sementara.
7. Msukkan juice lemon
8. Rasa dulu
9. Kalau ok masukkan sayur biaq kan sektika
10. Masukkan cendawan dan daun Limau Purut
11. Masukkan (bahan utama)
12. Last tomato dan daun ketumbar
13. Rasa kalau nk masam lebih kan lemon pure juice
14. Nak Pedas (ketuk cili padi 5 biji)
15. Selamat menjamu selera

Read more...

Wednesday, March 3, 2010





Read more...

Idola..

Setiap orang mesti mempunyai sesorang sebagai pencetus/perangsang
inspirasi kepada dirinya untuk berjaya di Dunia dan Akhirat
bagi melengkapkan catatatn sebagai Life of Man...

Ini ayah Anas...bukannya datuk...

Dulu ANAS selalu tercari-cari siapakah yang boleh ANAS jadikan sebagai idola ANAS dalam kehidupan ini..Pernah sekali ANAS rasa Tun Mahathir layak walaupun perbezaan politik antara ANAS dan dia, dia memang mempunyai pemikiran yang jauh..Tapi hati kecil berkata cuba pejam mata dan cari yang paling dekat diri sendiri..Apabila terbuka mata hati ini maka sedarlah ANAS bahawa orang itu ialah ayah.

SHUIB B. HAJI MOHAMAD dilahirkan pada 4-11-1925 (ikot i.c) tp pernah sekali dia cakap tahun 1922...yer la kan zaman dulu2 nak daftar kelahiran bukan senang..tapi ANAS lebih selesa jika tarikh lahir dia 4 November...sebab 3 November tarikh lahir ANAS..
Berbalik kepada Lelaki yang bernama SHUIB..dibesarkan dalam keluarga yang agak berpengaruh dalam ilmu pengajian al-Quran di Indera Kayangan suatu masa dulu.. Mula menjadi guru ketika berumur 15 tahun di sekolah melayu di negeri Indera Kayangan. Ketika jepun menyerang, ramai orang takut tapi bagi nya Jepun telah di jadikan kawan sehinggakan dia boleh bercakap dan menyanyi lagu Jepun (lagu dalam filem Laksamana Do Re Mi) yang best abang2 dan kakak pernah di nyanyikan lagu jepun..Selepas Jepun kalah khidmat sebagai guru di teruskan, mungkin pelajar sekitar tahun 1950an - 1970an kenal jika berguru dengan Lelaki ini..1982 selepas bersara dia menjalankan kerja menebas hutan..tetapi rezeki dan takdir Allah di tentukan sejak azali lagi..nama Lelaki ini di sebut untuk menjadi wakil rakyat PAS DUN Bintong..Menang tanpa bertanding..Takdir Allah dan rezeki anak isteri..

Masih ingat lagi, awal tahun 1995 dia pergi menjemput ANAS dan adik pulang dari sekolah untuk menghadiri kenduri kawan..Ketika bersiap dia batuk tidak henti-henti, peluh sejuk keluar dari dahi nya..sakit dada dia cakap..pucat itu yang ANAS nampak dari wajah nya...Ambulans terpaksa di panggil..selepas satu jam di unit kecemasan dia KOMA...Ya Allah..Takdir dan dugaan Mu kepada 2 orang anak-anak kecil nya...Emak tidak henti-henti berjujuran air mata.. 2 bulan di I.C.U tidak sedarkan diri, keadaan stabil sikit walaupun masih lagi KOMA..nama sendiri pun tidak ingat apatah lagi isteri dan anak-anak...Tiada banyak perubahan kesihatan di pindah kan ke HUSM Kubang Kerian 2 bulan..1 bulan sebelum ANAS UPSR dia kembali ke rumah yang ditinggalkan nya hampir 6 bulan..Pendarahan dalam saraf otak menyebabkan semua kisah silam dan Ilmu perubatan traditional nya juga hilang..

Biar pun semua ilmu perubatan nya hilang tetapi ada satu yang dia tidak hilang kasih sayang nya..walaupun dia tidak ingat nama anak-anak nya tetapi sayang tetap ada..Hampir setahun nama ANAS tidak di sebut, menitis jua air mata gembira kerana ANAS itu yang panggil kepada adik..walaupun bukan ANAS..Alhamdulillah kesihatan nya semakin pulih..

BERSAMBUNG

Read more...

LELAKI INI....

Thursday, February 25, 2010

Setelah hampir sebulan lebih catatan Life of Man/Kehidupan Seorang Lelaki tidak bernyawa tetapi pada hari yang telah mencatatkan sejarah perubahan dunia telah mengerakkan tangan Anas untuk menghidupkan semula L.O.M

Apa yang istimewanya catatan ini, sehinggakan telah membuatkan Anas untuk menghidupkan semula catatan.

Muhammad bin Abdullah, dilahirkan sebagai yatim bapa di tengah kegelapan masyarakat yang jahil sehingga mematikan kehidupan insani. Dari keturunan yang berpengaruh di tanah suci Makkah al-Muqaramah kelahiran nya disambut dengan penuh kegirangan oleh kaum keluarga. Tidak seperti bayi biasa yang akan menangis selepas keluar dari rahim ibunya, tetapi bayi ini diam.

Pejalanan hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain yang mendapat belaian ibu dengan penuh kasih sayang. Hanya mampu merasa kebahagian bersama ibu tercinta mungkin tidak samapai 5 tahun kerana diberi kepada ibu susuan. Tetapi dalam umurnya 5 tahun kehilangan ibu amat dirasainya. Datuk sebagai penjaga yang amat penyayang menjadi penyelamat episod kesedihannya. Tidak juga lama, tuhan telah takdirkan kepadanya bahawa perjalanan Hidup Sebagai Seorang Lelaki tidak seindah yang diinginkan. Datuk juga turut menjejaki langkah ibu dan ayahnya.

Membesar sebagai pengembala kambing dan hidup bersama bapa saudara telah mendewasakannya. Dianggap sebagai Al-Amin dan disanjungi oleh bangsanya menjadikan Lelaki ini dihormati sehinggakan dapat menghindarkan berlakunya pertumpahan darah antara suku kaum dalam perisitwa Hajarul Aswad.

AMANAH dan JUJUR dalam perniagaan menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda menyebabkan ada insan yang terpikat kepadanya. KHADIJAH - maka benarlah sabdanya "9/10 rezeki adalah dari perniagaan" tetapi AMANAH dan JUJUR adalah kuncinya. Perbezaan umur tidak menjadi penghalang jika itu ketentuan PENCIPTA kepada Life of Man.

Bukan hanya cahaya mata diberikan malah Cahaya Penyuluh Alam digalaskan kepadanya untuk menghidupkan yang bernyawa dari kegelapan. Berkhalwat di gua Hira' dengan mengasingkan diri dari kehidupan yang penuh noda dapat memberi ketenangan kepadanya. Ketenangan dijumpai berterusan sehingga pulang ke rumah dalam keadaan menggigil kerana terkejut dan ketakutan. Kerana ketika itu turunnya wahyu yang pertama dari Ilahi kepada Pesuruhnya. Walaupun buta huruf tetapi Iqra "baca la" adalah apa yang diperintahkan kepadanya.

Dikatakan gila kerana menyeru kepada kaumnya untuk meninggalkan yang tidak mendatangkan manfaat adalah ujian pertamanya. Dilempar batu sehingga berdarah, najis dilontar dan kata-kata keji serta kesat antara dugaaan yang tidak dapat lari. Malahan ancaman bunuh juga turut tersenarai. Apakah ujian sebegini kepada Lelaki yang mana jika suatu masa disanjung tapi setelah kebenaran dibawa semua hinaan dan ancaman yang diterima.

13 tahun bersabar untuk cuba mengubah dan memperkukuhkan aqidah, akhirnya tanah kelahirannya terpaksa juga ditinggalkan kerana tempat lain sedia menerima dalam perjuangannya. Yatrib arah tujunya yang baru. Sesungguhnya perjalanan liku-liku kehidupan Lelaki ini tidak akan sesekali mampu ditanggung oleh hamba tuhan yang biasa.

Tanah kelahiran telah menerimanya. Itupun dengan penuh keazaman dan kesabarannya. Kesedaran telah terpancar keseluruh pelusuk dunia. Cahaya Kebenaran dan keimanan terus bersinar. Umatnya terus bertambah menerima kebenaran yang dibawanya. Kecintaan kepada umatnya tidak pernah pudar.

Akhirnya.. "Umatku, Umatku, Umatku..." itulah bukti kecintaan dan kasih serta sayang nya seorang Lelaki yang asal dari anak yatim ketika hampir ketentuan Allah untuk kembali bertemu-Nya.

MUHAMMAD RASULULLAH adalah contoh agung dalam perjalanan LIFE OF MAN

*P/S : SEMUA CORETAN DI ATAS ADALAH RINGKASAN HIDUP JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD S.A.W JIKA ADA KESALAHAN DAN KESALAHAN HARAP DI TEGUR....

Read more...

10 Days in 2010

Sunday, January 10, 2010

What the significant with 10 and 2010..maybe it same with number 10, but for me it a day that leave me and will not come back...

Just now i just watch final of AJL 2010 and of course there have a winner, but only the best deserve to get that...

Now what I'm thinking is, there's only few things that give me happy..want to know?let check out of it's:
1) Complete register the subject for the last semester in this University
2) Get the subject that i want to learn about it - Web design & technology, Intro. to Information Tech and Entrepreneur Development and Innovation...
3) Watch final music award (AJL lol)...:)
4) Eat durian with pulut...so marvelous...
5) And for 10 years...I found my pen pall from Turkey - Banu Atalay..

And also have many sad and bad thing for me to face on or to hear...but I must accept all of this...that what must have in Life of Man..

Read more...

Emak.....

Friday, January 8, 2010


Ntah la nape malam nie jadi emotional...maybe sebab rindu kat umah kot...yer la mana tak nye..ari tue time cuti masa banyak dihabiskan kat umah jer...mana tak nye pagi2 pegi pasar beli lauk pauk balik pasar sambung tido...tgh ari bangun tolong mak masak..petang g kedai beli barang...pas asar kuar g main bola, pas maghrib lepak ngan mak buat kueh, (pau, cucur badak ngan karipap daging) sambil2 tue borak ngan mak..klau tengok gambar kat atas tue dari kecik ANAS dah rapat ngan mak sebab tue la asyik memerap jer kat umah...kuar bersosial pon x kemana..kedai makan depan umah...lepas siap kueh baru kuar..tue pon x lama...tapi yang best bila semua kueh yang ANAS buat ngan mak abis terjual...sian kat mak tak cukup tido sebab nak tolong aku bayar yuran...At least ANAS x tgk jer dia buat semua tue ada gak sumbangan tapi kesian sangat kat dia..klau Mak kawan2 lain dah merasa duit anak2 tapi mak blom lagi rasa duit gaji anak dia nie..harap2 nanti dengan duit gaji ANAS bleh bawa mak sama2 pegi Makkah...

Read more...

9 Januari 2010

Hai...hello, Assalamualaikum....
Baru sambung balik cerita pejalanan hidup seorang lelaki...
Semalam ANAS dah dapat contac balik kawan2 kelas Dip Account dulu, Ril ngan Naim, best sangat2 sebab dah lama tak jumpe, dia orang dah keja tetap...rezeki dia orang kan..tapi ANAS akan terus menghabiskan pengajian kat UNIMAS nie...kalau nak diikutkan untuk give-up dulu lagi bila dapat result GB (gagal dan diberhentikan) tapi dapat peluang ke-2 untuk terus belaja kat sini tak dilepaskan walauun lambat akan ANAS tamatkan juga sebab berpegang kepada " A WINNER NEVER QUITS, AND QUITTERS NEVER WIN " dan juga " ANY ONE CAN START BUT ONLY THE TOUGH WILL FINISH".
Memang orang kampong ngan family asyik tanya "Bila nak abis?" tapi diaorang tak faham dengan dugaan kat sini...tapi tak dinafikan ada gak kesalahan dan kelemahan diri nie lumrah insan...tapi ANAS betol2 senang dengan kursus MARKETING kat sini...maybe gak dalam diri ini telah ditakdirkan untuk menjadi peniaga yang berjaya..baru ANAS sedar dengan MARKETING diri ANAS amat serasi..yang pasti ANAS seronok jika kerja nanti berjumpa dengan orang...
Erm...tapi sem nie rasa something ilang la...ntah ape..mungkin kena banyak bertafakkur lagi...ape lagi nak dikatakan ini lah perjalanan hidup seorang lelaki..
Alhamdulillah....

Read more...

A week in 2010

Tuesday, January 5, 2010

Tomorrow, today or yesterday just a day in this year so i and you have other 358 days to complete our resolution for 2010...erm how should i explain..let me think and will be right back latter...12.45pm

Read more...

  © Life of Man On The Road

Back to TOP