LELAKI INI....

Thursday, February 25, 2010

Setelah hampir sebulan lebih catatan Life of Man/Kehidupan Seorang Lelaki tidak bernyawa tetapi pada hari yang telah mencatatkan sejarah perubahan dunia telah mengerakkan tangan Anas untuk menghidupkan semula L.O.M

Apa yang istimewanya catatan ini, sehinggakan telah membuatkan Anas untuk menghidupkan semula catatan.

Muhammad bin Abdullah, dilahirkan sebagai yatim bapa di tengah kegelapan masyarakat yang jahil sehingga mematikan kehidupan insani. Dari keturunan yang berpengaruh di tanah suci Makkah al-Muqaramah kelahiran nya disambut dengan penuh kegirangan oleh kaum keluarga. Tidak seperti bayi biasa yang akan menangis selepas keluar dari rahim ibunya, tetapi bayi ini diam.

Pejalanan hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain yang mendapat belaian ibu dengan penuh kasih sayang. Hanya mampu merasa kebahagian bersama ibu tercinta mungkin tidak samapai 5 tahun kerana diberi kepada ibu susuan. Tetapi dalam umurnya 5 tahun kehilangan ibu amat dirasainya. Datuk sebagai penjaga yang amat penyayang menjadi penyelamat episod kesedihannya. Tidak juga lama, tuhan telah takdirkan kepadanya bahawa perjalanan Hidup Sebagai Seorang Lelaki tidak seindah yang diinginkan. Datuk juga turut menjejaki langkah ibu dan ayahnya.

Membesar sebagai pengembala kambing dan hidup bersama bapa saudara telah mendewasakannya. Dianggap sebagai Al-Amin dan disanjungi oleh bangsanya menjadikan Lelaki ini dihormati sehinggakan dapat menghindarkan berlakunya pertumpahan darah antara suku kaum dalam perisitwa Hajarul Aswad.

AMANAH dan JUJUR dalam perniagaan menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda menyebabkan ada insan yang terpikat kepadanya. KHADIJAH - maka benarlah sabdanya "9/10 rezeki adalah dari perniagaan" tetapi AMANAH dan JUJUR adalah kuncinya. Perbezaan umur tidak menjadi penghalang jika itu ketentuan PENCIPTA kepada Life of Man.

Bukan hanya cahaya mata diberikan malah Cahaya Penyuluh Alam digalaskan kepadanya untuk menghidupkan yang bernyawa dari kegelapan. Berkhalwat di gua Hira' dengan mengasingkan diri dari kehidupan yang penuh noda dapat memberi ketenangan kepadanya. Ketenangan dijumpai berterusan sehingga pulang ke rumah dalam keadaan menggigil kerana terkejut dan ketakutan. Kerana ketika itu turunnya wahyu yang pertama dari Ilahi kepada Pesuruhnya. Walaupun buta huruf tetapi Iqra "baca la" adalah apa yang diperintahkan kepadanya.

Dikatakan gila kerana menyeru kepada kaumnya untuk meninggalkan yang tidak mendatangkan manfaat adalah ujian pertamanya. Dilempar batu sehingga berdarah, najis dilontar dan kata-kata keji serta kesat antara dugaaan yang tidak dapat lari. Malahan ancaman bunuh juga turut tersenarai. Apakah ujian sebegini kepada Lelaki yang mana jika suatu masa disanjung tapi setelah kebenaran dibawa semua hinaan dan ancaman yang diterima.

13 tahun bersabar untuk cuba mengubah dan memperkukuhkan aqidah, akhirnya tanah kelahirannya terpaksa juga ditinggalkan kerana tempat lain sedia menerima dalam perjuangannya. Yatrib arah tujunya yang baru. Sesungguhnya perjalanan liku-liku kehidupan Lelaki ini tidak akan sesekali mampu ditanggung oleh hamba tuhan yang biasa.

Tanah kelahiran telah menerimanya. Itupun dengan penuh keazaman dan kesabarannya. Kesedaran telah terpancar keseluruh pelusuk dunia. Cahaya Kebenaran dan keimanan terus bersinar. Umatnya terus bertambah menerima kebenaran yang dibawanya. Kecintaan kepada umatnya tidak pernah pudar.

Akhirnya.. "Umatku, Umatku, Umatku..." itulah bukti kecintaan dan kasih serta sayang nya seorang Lelaki yang asal dari anak yatim ketika hampir ketentuan Allah untuk kembali bertemu-Nya.

MUHAMMAD RASULULLAH adalah contoh agung dalam perjalanan LIFE OF MAN

*P/S : SEMUA CORETAN DI ATAS ADALAH RINGKASAN HIDUP JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD S.A.W JIKA ADA KESALAHAN DAN KESALAHAN HARAP DI TEGUR....

0 comments:

Post a Comment

  © Life of Man On The Road

Back to TOP